Tuesday, September 27, 2011

10 Petanda Dia Jodoh Kita

by SELIPARJEPUN on AUGUST 13, 2011

Firman Allah SWT, bermaksud “Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu” (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, “lidah sendiri lagikan tergigit”, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Copyright from Hj Abdul Samad

:)

Monday, September 5, 2011

ter ter ter dan terrrrrr

Tersedar pukul 8pagi, masih tiada sebarang message / calling. Tarik selimut tido balik.
Tup tup 930pagi dpt message dari Captain berbunyi :

" Kelas pukul 10.30pagi. Pn Rozi. O&G"

Alamakkk! Terkejut beruk la time 2. Kelam kabut dah. Compom2 tak sempat nak g nih. Alang kepalang, terpaksa la membatalkan hajat ke kelas. Rugi sendiri tanggung sendiri lah. Aishh!

Baru tetiba lagi dpt massage kata " Pn Rozi suruh dtg kelas pukul 2". Alahai, naik tren lah jwbnyeee!

Friday, September 2, 2011

PUTUS!

Dato' Qayyum semoga kau berbahagia bersama Zetyl Zenca !
TAHNIAH !

Thursday, August 25, 2011

Zikir Ketenangan Hati dan Jiwa

Iftar with sisYANA :)

24/08/2011 --> 7pm
Little Penang Cafe, KLCC

this is my lovely sisTA :)
since primary school.

menu --> Asam Laksa
* hamek kau seketul2 ikan dye bubuh

longTIMEnoSEE


sisNANA --> merangkap ex gf my bro last 6 years
adeq lagi tembam + sis sgt kecik, adeehh!

even dapat hangout jp je, tapi puas sgt dpt share everything!
may be, next time we can meet again sis :)
LOVE YOU.
pabila ego menguasai diri, maka punah ranap lah segalanya.

T_______T

Tuesday, August 23, 2011

the time is running

Pejam celik bukak katop mata dah nak habis bulan Ramadhan. Dah nak raya dah tinggal bape hari je lagi. Tapi, yang paling menyeramkan lagi Peperiksaan Lembaga Jururawat bakal menjelma 20September 2011! Tak sampai sebulan je lagi. Aish!

Are you ready guys? OMG! Berdebar debar kian hangat terasa. Hopefully, kita semua akan dipermudahkan utk menjawab dan diberikan kesenangan utk menempuhinya.

Most important is KELULUSAN! Jum lah kita struggle sehingga ke hujung nyawa!

Chaiyok chaiyok guyssss!

Monday, August 22, 2011

IFTAR Skydiver 200811 RCM

Iftar di Pondok Dam KKB bersama Skydiver *kalo tak hujan dapat tgk view dam

Layan photo photo:

Along main kira kira :)

Malu malu konon, HAHA

Chan inteprem lah, ta nmpk muka kita dah, aish

big boss --> Tuan Sani (orange shirt)

class kau nyaahhh, i likeee!

apa lagi, kasi serbuuuuuuuu!

paparazi ada di mana mana, hati hati lah :p


Selesai solat terawih, Briefing utk Skydiver 2011 bersama RCM bermula

Mari kita zassssssss, layaaannnnnnn:

introduction slide

dengar ceramah kursus kawen ye jumper jumper? lalala

berakhir sudah sesi taklimat --> kenangan dolooo bersama JUMPERS

Jum ngeteh di Fazlina Maju, KKB sampai pukul 3pagi. Sembang smp ke sudah tak habis habis. Mmg nantok tak ingat. Dah la nk bangun sahur lagi. aishhh!

Photoshoot lagi dan lagi:

gelagat masing masing

jumpers kelaparan ghupernya :)

Actually, aku masih lagi 50 50 nak join skydive ni. kecut perut gerun apa lagi istilah yang menakutkan ada dlm lubuk hati. tapi, mmg hajat dihati nak juga uji kehebatan diri ini. HAHA!

Tapi, kalau dpt join event ni sekali seumur hidup pon dah kira untung. Dapat jugak lah sayap kehormat penerjun. HEHE!

Apapun, selamat menguji ketahanan as yg kita plan okay. Tarikh keramat utk jumpers 7,8hb October 2011. See you guys there ;)

photo photo CREDIT to : KhairulNazri, SidEvo, SemperitHangit

Malam Lailatulqadar

Seperti yang kita tahu, malam Lailatulqadar adalah malam yang ditunggu tunggu dalam bulan Ramadhan oleh:
  • para ulamak
  • orang orang soleh
  • para nabi
Dalam Al-Quran juga ada menyebut dalam surah Al-Qadr iaitu:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
The grand night is better than a thousand months (Ayat 3)

Banyak perselisihan paham tarikh malam Lailatulqadar ini iaitu:
  • pada malam ke 27 Ramadhan
  • pada malam malam ganjil iaitu pada 10malam terakhir
Tapi bukan tarikh yang kita risaukan. Tapi, amalan apakah yang akan kita lakukan?

Antara amalan amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w:
  • membaca Al-Quran
  • basahkan bibir kita dengan zikrulallah
  • selawat dan solat solat sunat
Selamat mencari malam Lailatulqadar. Hidup akan selamat di dunia dan akhirat. Insyallah, AMIN

Just this once I want my life back as normal




sobsob T______T

Friday, August 19, 2011

Iftar with my bbff #KENANGAN

Ramadhan Kareem 3th bersama jejaka jejaka jambu *kekonon
Iftar yg di plan secara tetiba oleh kemal. aku roger saja dan tugas aku utk hasut zahid join sekali.

Bak kata kemal, ' kalau kita nak tunggu iftar yg SKJG1 nak buat, tunggu kumpul semua, mmg tak dpt la. masing2 ada commitment sendiri.'

Kitaorang decide, Iftar di Shah Alam memandangkan zahid tak mau turun KL *kami mengalah
Port Iftar kami di Restoren Qaseh, Seksyen 13, Shah Alam. *lah, blkg MSU je pon. tak tahu lak.
Makanan disediakan ala buffet rm22 per head. Makan lah selagi mampu.

Before break fast, PHOTOSHOOT!

Juadah kami, Alhamdulillah :)

hot leteww zahid ?

kontroversi picture dgn kemal <3

Banyak lagi gamba2 kitaorg photoshoot that day, tapi semuanya kt zahid. dye simpan wat pekasam sampai lani dak upload2 lagi. aish.

Anyway, nice day with uols guys. After 4 year tak jumpa ngan kau kan kemal. dengan zahid selalu sgt, naik bosan aku. *tp, kau ttp bff aku beb :)

6 PETUA UNTUK BERJAYA

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".

Di COPY dari Kamaruddin Hassan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
* actually, aku tatau nak mula dari mana. aku try utk luahkan ape yg aku rasa right now.

segala ape yg tjadi di mukabuku aku, totally tak ada kene mengena dgn yg hidup mahu pun sesapa yg terasa. im sorry for that kalo ada yg terasa. tak kurang jugak post2 fb yg wtkan aku terasa. ah, abaikan sbb setiap mlm sebelum tdo, akan aku maafkan segala kesalahan kawan2 aku. Insyallah, Allah akan menerimanya.

sesungguhnya, tak ada insan di muka bumi Allah ini mempunyai sifat yang sempurna. semuanya serba kekurangan. janganlah kita menilai seseorang itu dengan apa yg kita nmpk dengan mata kasar sahaja kerana Allah telah memberikan tugas yg besar kepada malaikatnya untuk menilai setiap apa yg kita lakukan.

sekiranya, aku ada buat salah secara sedar atau tidak sedar, aku mohon maaf. mungkin seseorang beranggapan perkataan maaf itu mmg mudah utk ungkapkan, tapi biarlah maaf itu ikhlas dari hati dan lupakan segalanya. semoga kita semua sentiasa tergolong dalam individu yang dikasihi dan dilindungi olehNya. Insyallah, AMIN.

Salam untuk semua


Friday, August 5, 2011

serious aku dah tak larat dan tak terdaya lagi dgn semua ni!

t____________t

Tuesday, August 2, 2011

counting the day

yaaahhhooooooooo! ayahibuunenek nak sampai kuala lumpur dah pagi nih! alhamdulillah! rindunya rasa hati!

*tapi2 baru je dpt message dari jeddah @ 0420, ayah kata flight delay 2 1/2 dan masih belum departure lagi. ya allah, selamatkan dan lancarkan perjalanan mereka! amin :(

Sunday, July 31, 2011

berdialog sahur

situasi dalam bilik
kakak : adeq, esok sahur nak makan nasi ke kfc?

adeq : nasssiii + lauk sotong. erm, kfc pun nak jugak!

kakak : okaayy!

di ruang tamu
kakak : sok ko nak makan nasi tak bang?

abang : *gelak panjangggggggg!

kakak : ke ko tanak bgn kan kan

abang : *gelak lagi.. tetiba abang ckp ' tak ada suasana nak puasa pun.'

kakak : pulak dah, ko jgn mcm2, tau lah ibuayah tak de. erm..

dialog terhenti di situ! first time puasa tanpa ibuayah. sedih. pilu. walau apa pun, kami ttp kene bersyukur sbb ada lagi keluarga lain yg dah kehilangan ibuayah mereka buat selamanya kan.

bulan puasa datang lagi

pakcik yang selalu umumkan tu mana? dah pencen ke? takpelah, janji umum jugak kan puasanya :)

kepada seluruh umat islam di serata dunia, selama menyambut kedatangan bulan yg mulia ini. semoga segala amalam kita dalam bulan ini di terima olehnya.

haaa! ingat lagi tak niat puasa? kalau tak ingat tu, buka2 lah buku agama ke search tenet ke tanya mak ayah ke tau. jgn ponteng2 puasa tapi utk perempuan tak pe :)

Friday, July 29, 2011

aaauuuummmm!

harimau malayaa dah ready nk berjuang ??
hayyaaa captain, we are ready!
*rimau kasi hentam sama itu singapurapura!

lautan rakyat malaysia membanjiri stadium bukit jalil utk menyaksikan perlawanan malaysia vs singapore bagi kelayakan piala dunia 2014. compom2 aku the one person include right!
tapi,nasib bek beli tiket grandstand tade lah ramai sgt. pintu utama bukak je, kami pon serbu,lari2 cari pot yg menarik. kasi clear punye view :)

3hour before start dah nguap2, bosan xhengat! tapi,bler start player masuk field barulah semangat nak jerit2,panjat2,horray2,tiup2. haha bestbest, first experience nengok bola kt stadium. happening + penyokong2 malaysia mmg patut dibanggakan!

845malam, game start! oooooo, penuh suspen debar2 hati den ni ha! sepanjang 1st half game mmg bengang dgn defense malaysia langsung ta jaga player no11,9,17.huh! nasib baik keeper kita apexx doing goog job! kalo tak, rasanya mmg kene bantai lah.
1st half ending dgn 0-0.
2nd half, debaran lagi. byk shoot malaysia try, alhamdulillah gooollll utk malaysia by safee sali! mengaum seluruh stadium meraikan kejayaan. tak lama, singapuraapura lak gol + mulalah segala jenis drama king yg mereka lakonkan. sepatutnya mereka layak masuk istana budaya. aisshh!mmg bikin panas!

akhirnya, masa habis mcm 2 saje + malaysia dah gagal utk meneruskan perjuangan. walauapapun, tahniah buat pasukan malaysia kerana telah membuka mata rakyat malaysia utk hargai negara sendiri. syabas buat coach, tp kalo nk pilih player 2 pilih lah yg betol2 boleh main.

yang penting kita enjoyyyyyyy!
*nantikan episod yang seterusnya :)

Saturday, July 23, 2011

tour to there :)

1000am,
tiba di kajang, rumah nenek. makan bersama sepupu2, adik2 ipar ibuayah, membuat persiapan terakhir.
utk pengetahuan korg, solat sunat musafir perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum bertolak ke airport. dilakukan sendirian.

1200n,
ayah membuat pesanan terakhir utk semua.
pesanan utk kami ' abg kakak, jaga adq elok2.'
pesanan utk adq2 ipar 'tolong2 lah jagakan + tgk2kan anak2 along kalau apa2 yg jadi antara kami.'
masyallah, time 2 air terjun mmg mencurah2 laju. bacaan doa di aminkan utk mendapat keberkatan darinya.
kami pun zaaaassssss to klia konvoi 5kereta.

1300pm,
sampai klia,loading brg kt kaunter l15 and terus check in. hurm, peluk cium lambaian terakhir. bergenang air mata melihat permergian ibuayah menuju ke rumah allah.
*takpe 2minggu je,pejam celik bukak katop da balik,sedapkan hati je.

dikhabarkan perjalanan mereka ambil masa 8jam, mungkin pukul 11pm waktu malaysia,ibuayahnenek akan tiba di jeddah. ambil bus terus ke madinah.
*ternanti2 calling dari sana :(

Friday, July 22, 2011

runtun hati

balik je rumah tadi, ibuayah da pakat kemas barang. aduh, sedih rasa hati, tapi bebuat cool. tahan tahan. padahal cengeng dah.

pukul 1900,
aku bawa ibu g skola adq ada majlis solat hajat+bacaan yassin utk pmr + spm. alang2 aku doakan sekali utk ljm nanti. semoga segalanya diberkati olehnya !

pukul 2200,
smp rumah, ibuayah mengemas lagi. aku susunkan baju2 + peralatan yg diperlukan dlm lageg, huh! menitik2 air mata. ta tahan dah ni. esok tatau pulak lah drama kt klia mcm mana pulak!

majlis untuk kami

bila cadangan tentang majlis ni diutarakan oleh fiqa, semua macam tak setuju. hurm, nak buat benda baik pun tak ada sapa yang nak sokong. betapa kecewanya hati fiqa time tuh. tak pe beb, allah sentiasa memuliakan apa yang kita buat utk kebaikan.

malam jumaat bersamaan 20 july 2011, terpatrilah janji utk menjalankan majlis bacaan yassin + solat hajat + tazkirah + makan2 utk mengeratkan semula hubungan silaturahim antara kami + lecturer.

selepas selesai apa yg dihajati, tazkirah yg disampaikan oleh alang sgt membuatkan kami tersentuh hati dan keinsafan menusuk ke kalbu. semoga tazkirah yg disampaikan oleh alang akan menjadi pegangan smp bila2 utk menjadi seorang insan yg berjaya di dunia dan akhirat. amin€€.

Tuesday, July 19, 2011

kau ni xsedar2 diri ke yg kau tu menumpang ?? dlu kau cari pasal dgn org lain, skrg kau nk cari pasal ngan kitaorg balik? kamon la weh! kalo kau rasa kau 2 matang sgt, ubah la perangai kau 2.kau buat perangai cibai kau tu pasal. makin lama perangai kau makin menjadi2 kan. ada salah besar sgt ke yg kitaorg buat kt kau smp kau tanak tegur + buat muka + nk mara2 + tengking2 ha? mmg da melampau kau skrg. jgn smp satu hari aku aku buat apa yg aku nak,merana kau. dpn2 ta berani nk ckp, blkg2 dlm fb kau tibai kn. tolong lah otak 2 fikir cara matang!

Friday, July 8, 2011

orientation closing ceremony

dub dab dub dab . kencang tahu jantung. tawakal je apa yg akan berlaku on stage nanti.
one more thing this is a special performance from super duper senior batch 2 to welcoming junior batch 7.
kami enjoy, happy and dah buat yg tbaik. congrat to all my bebi2 sakalian. love you all forever :)

Thursday, July 7, 2011

es cream malaysia

xbole nk rotate lah sbb update guna bb je. hehe! syok sgt dpt mkn smlm. :))

Wednesday, July 6, 2011

kt sini jelah aku nak pokpet pokpet bebel2 apa yg aku suka. kalo kt fb+twitter+bbm ada org terasa kn? bia la kalo nk terasa pn sbb aku da tak heran apa2 dah. penat dah nk jaga hati org. kalo rasa dah xbole nk buat apa2 lagi baik tinggalkan jelah. xpyh nk tgu2 lg, lgpn betol kata kwn awak 2 kn bunga bukan sekuntum. saya ni jahat. xbaik. xlayak utk segalanya. saya rasa lebih bahagia skrg tanpa awak. saya bole bebas nk kua lepak ngan sesapa. saya xrasa terkongkong. saya mmg lebih bahagia dgn kwn2 saya sbb mereka boleh buat saya gelak besar. argh! saya xpeduli lah nk jadi apa lepas ni. terpulang. fikirkan baik2 dan xperlu nak bebankan diri sendiri kalo rasa dah tak tertanggong azab itu! bye!

kata-kata sampai tak terkata

hurm, saya xbenci lah. kenapa awak rasa mcm 2? saya pun tak tahu lah nak buat mcm mana lg. awak tgk mmg lah saya macam bahagia dgn kwn2 saya. tapi saya buat semua tu utk tenangkan diri saya. saya tahu, awak mmg tak akan faham walau apa pun saya cakap sbb awak tak fikirkan diri saya. awak lebih pentingkan diri awak sendiri tanpa fikirkan apa kehendak saya. saya xharap awak faham saya sepenuhnya, tapi at least sikit lah. terpulanglah awak nak ckp apa, saya dah xkesah dah. hati otak saya penat fikirkan benda yang tahu kesudahannya.

Monday, July 4, 2011

july birthday!

semoga kita semua panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu. semoga hidup kita semua akan diberkati oleh yg maha esa, amin!
saya tak tahu sampai bila lagi jawapan itu akan muncul.
saya rasa saya xakan jumpa jawapan itu.
hurm, saya kasihan kan awak. tapi saya tak tahu sampai bila nk macam ni.
saya keliru dengan tindakan saya ni.
saya harap awak faham saya.
saya minta maaf kerana mengeruhkan lagi keadaan ini.
saya harap, kalau satu masa jawapan itu muncul, awak terimalah dengan redha.

Thursday, June 30, 2011

Late celebration

Happy Birthday to you my boy, Sweet 21, sorry this year just a small and late celebration. Hope you enjoy it.

besday cupcake --> ceklat & red velvet

TF lover for him, SUPRISE ;)

HAPPY ANNIVERSARY 17 month ;)

at 25 June 2011, sorry for anything yeh my BABY .

Monday, June 20, 2011

luahan hati membakar

  1. tolong paham boleh x hati aku belum buat keputusan apa apa lagi.
  2. aku dah rimas dengan segala kongkongan
  3. aku nk bebas
  4. jgn la nk sebok2 hal aku
  5. jgn dok dtg sini lagi
  6. dah janji nk bagi space utk aku, tapi nape mcm xnmpk je space utk aku 2?
  7. tolonglah jgn miserable kan lagi hidop aku
  8. byk masalah aku hadap, ko jgn tambah lagi boleh
  9. ko xpnh nk paham perasaan aku ke?
  10. aku je yg nk paham perasaan kau?
  11. suka hati aku nk buat apa, janji family aku tau. ko xpyh nk nyebok
  12. kalo dah rasa mcm s***** 2 sgt, nape perlukan aku lagi?
  13. aku memang ego, baran, hangin, sombong! negative thing semua nya aku ada!
  14. jgn nk paksa2 utk aku pick up your call, to see you.
  15. I NEED TIME! PLEASE UNDERSTAND ME!

SELAMAT HARI AYAH

Kepada Tuan Haji Mohd Noor Osman, Selamat Hari Ayah diucapkan daripada anakmu tercinta. Semoga dengan kehadiran hari hari seperti ini akan membuatkan keluarga kita menjadi lebih sempurna dan bahagia. I LOVE YOU MORE MORE MORE than other things, mmuaahh!

Homemade bubur chacha for you,


kelainan yang pasti

Sejak pemergian Pn Wikiam, we all decide nak ziarah Pn Mazita sblm terlambat. Sumber2 telah memaklumkan kpd kami yg Pn Mazita menghidap penyakit Cancer. Masyallah! Sayu hati mengenangkannya.

18Jun2011, melawat Pn Mazita di padang sekolah memandangkan sukan tahunan sedang dijalankan di sana. Puas mencari kelibat beliau, tapi xjumpa2. Akhirnya, bertemu juga kami setelah sekian lama. Sungguh berubah, sgt berbeza dari dulu. Sedih mengenangkan nasib Pn Mazita skrg.

Tak sampai hati nk bertanyakan lebih lanjut tentang kesihatan beliau. Kami bertanya pada Pn Norhayati keadaan sbnrnya. Pn Mazita sbnrnya buat operation at digestive system utk mengecilkan stomach sahaja bagi memudahkan beliau control pemakanan. Tapi, disebabkan complication yg teruk, tu yg mbuatkan berat badan turun secara mendadak. Tak ada kene mengena dgn cancer langsung. Alhamdulillah, skrg Pn Mazita semakin sihat, DM, HPT control and stable. Haa, yg plg best, Pn da boleh naik tangga tinggi2, xmcm dlu lagi. HEHE! I'm proud for you teacher :) Whatever it is, we all still love you.


Pn Mazita pada tahun 2006 - 4Budi

Pn Mazita pada 18Jun2011

Sunday, June 19, 2011

15 JUN 2011 - Perginya Selamanya

Pn Wikiam a/p Eh Pot, seorang guru yg sgt penyayang, murah dgn senyuman tapi tegas apabila mengajar. Teringat lagi saat2 beliau mengajar dlm class subject Geografi. Beliau juga pernah menjadi guru class aku masa aku Form 2Budi and Form 3budi. Best sgt cara beliau mengajar. Dengan gelak tawa nya, gaya slumber nye. Tapi, semuanya xdpt dijangka kerana beliau telah pergi meninggalkan anak anak didikannya buat selamanya. Terkejut aku mendapat berita kematian beliau, hanya Allah yg tahu betapa sedih runtun hati ini. Hanya doa dipanjatkan ke atas roh beliau.

Rest In Peace Puan Wikiam. We will miss our moment together and your sweet smile :(

Picture taken on 2005 - 3Budi

Utk keterangan lanjut, sila click link dibawah :


kerinduaan

seminggu bercuti aku mula rindukan :
  • tomyam comel
  • my macam and bobo :(
  • bilik aku
  • bgadoh manja dgn ton & sya, PASTI!
  • membebel2 hangin marah perli2 org yg xphm bahasa
dah la, xpyh nk rindu sgt. 4 July kang jumpa balik !

Tuesday, June 14, 2011

mengemas part I


buku2 utk bijak, byk tp xpnh otak 2 kuat nk ingat semua :p


barang2 yang disampan selama 3tahun. nk wt bundle pn bole :)

byk lagi baju2 dlm almari xkemas lagi tuh. malas pulak! haha!

kuak lentang

sengaja aku xrotate picture ni, nak bagi korang teteleng3 nengok :)

bila njr, ab, csr, tira, yan dah mai, pe lagi tukaq bikini lah kn nk wt kuak lentang ala2 gimnas2 malaysia.kui3! pool ini sgt sejuk dgn ditemani angin kuat seakan2 berombak2. tp musykil np air pool ini masin?? hairan sunggoh!

our bebi, anyway smlm kita enjoy kn mandi manda even aku, njr, yan xreti nk swimming.hahaha! csr, sgt seronok ye tolak2 terjunkan aku dlm pool 2 :) next time bebi2, kita p mandi lagi tau. lurve uols.

Sunday, June 12, 2011

3 tahun berlalu

Imbau kenangan lama apabila sedara mara, kwn2 aku tanya continue study kt mana.
  • MSU?
  • University apa 2? xpnh dgr pn.
  • kt mana?
  • amek kos apa kt sana?
  • bape tahun belajar?
Aaargghh, jenuh nk mengexplain kat org2 yg xphm ni. Tau la MSU 2 xpemes kn. Hanya tumpang building dgn PTPL kn. Class pn kt deret kedai. HAHA! Sangat mencuit hati mengenang kembali.

Tapi tapi selepas 2tahun stdy kt MSU, baru MSU mula pemes sbb ada building sdr yg sgt besar kt tepi highway 2. sapa yg xknl, mmg ketinggalan zaman lah. HAHA!

Skrg, semua kenangan akan mula berlalu pergi sedikit mula sedikit. Saat enjoy bersama kwn2 stdy akan berakhir. Mmg byk suka duka kita bersama. Walauapapun, kita akan kwn utk selamanya. :)

Goodluck for LJM at 20 September 2011 and we all should target 100% to pass it ! Kalo dah jadi Staff Nurse, roger2 lah eh. Kawen pn jgn lupa jemput, jgn sesenyap je hoccay! Aku tunggu kad kahwin korang ;)



keputusannya

seminggu bersengkang mata mentelaah subject2 utk exam. biasa lah kan, revision last minute, mmg tlebeh deserve sgt la kn kene sengkang mata. seriously, mmg xcukup tdo. penat. otak beku hoccay!

  1. Paper management - Alhamdulillah,
  2. Paper emergency - Lagi Alhamdulillah,
  3. Paper basic research - Bad and feel down down!
  4. Paper PPD - okay lah
  5. OSCE - Alhamdulillah sbb lebeh baik dari last sem. Insyallah, semuanya akan lulus + tade repeat. Amin
  6. Paper malaysian studies - tungguuuu hari Rabu menjelang
One more thing, really2 thank you so much to Pn M + L cz dorg bg tunjuk ajar + revision last minute dgn we oul. Alhamdulillah, apa yg mereka bagi 2 wtkan kami work hard to practice :))

Saturday, June 4, 2011

Final E.X.A.M

Berhempas pulas turun naik segala ilmu untuk dicurahkan kedalam 6 paper yg membunuh. Nantikan perjuangan aku dan rakan2. Doa dan harapan dari anda semua amatlah diperlukan dan ribuan terima kasih diucapkan. The most important is restu dari kedua ibu bapa, lecturer dan ci. Insyallah, segalanya akan berjalan dengan baik dan tiada sebarang masalah yg bakal menjelma.
Hopefully (:

Tuesday, May 31, 2011

dinner after 3years together,

all in sudden plan, 8pm gather at kfc extreme park to celebrate our last day with clinical intructor. haha! cm gempaq je bunyi nye kn. tp,mmg happy sbb dpt gather reramai, even ade yg cm ikhlas xikhlas je. but my fren, may be 1 day we will miss all the memories right? :)

thankyou very much la to bro sblh atas tangkapan gambar yg cukup jelas dan ikhlas bebenor !

Sunday, May 29, 2011

tanak balik Shah Alam !

1minggu cuti mmg rasa short sgt. bangun2 tdo je da smp hari ahad. alamak! mlm kang da kene balik Shah Alam, OMG! tersangat la bosan okay. tanak balik boleh? da la xblaja mende pn. dok umah melangut je, melapak, berdating, mengabiskan masa tgk tenis, mkn, tdo je hoccay! sangat heaven nye kt uma kn Nurul Syafika. x fikir langsung awk 2 nk final exam da. ohhyeke? haha! sengal betol. buku2 bawa balik hanya sekadar perhiasan di atas meja sahaja ye, jeling2 gitu je. sentuh jp baca2 last2 tutup tgk tv. haha. sudah la yg penting tanak balik Shah Alam!

Wednesday, May 25, 2011

KL - GAMBANG - KUANTAN

21 Mei 2011, we are going to holiday and celebrating Daddy birthday! so, enjoy and have fun with my family!




Check in at Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang.



Teluk Cempedak beach, awesome!








Minum petang di Warong Paksu + Maksu, Tg. Lumpur. Sata terbaik sbb selama hidop aku xpnh telan sata ni, ini adalah penangan warong tersebut. air kelapa lagi terangkat! fuh, smp tkencing2 minum 1liter air kelapa ni.



Jeti Kuantan kot, not sure la. Tanya la kt org Kuantan. HAHA!



Dinner di Ana Ikan Bakar Petai, Tg. Lumpur.


sewwiitttt :)


Midnight karok, release tetension hoccay!




After breakfast, we are going to mandi manda at Bukit Gambang Waterpark. Boleh jln kaki, naik kereta/ guna pkhidmatan trem yg disediakan oleh pihak hotel. Tapi, sudah pasti aku naik kete kan. Nak boh picture2 time mandi manda 2 xboleh lah kan. hehe!

Waterpark dye like Sunway Lagoon, tapi adventure park lagi syok la. Ha, korang ingat x Slide yg kita main kt Sunway Lagoon 2? kt sini lagi tinggi dari sana and lagi banyak bounce2. dye tercambut jantung! mmg syiok! Tapi, banyak lagi rasa nya dorg akan tambah lagi sbb still ada area under construction. Maybe ade la lagi yg akan di add on kan kan. Dalam water park ni mmg xpakai duet langsung. Bak kata dye cashless. Kita kene beli at least wristband harga rm50 utk tube, cabana, mknminum and etc.

Next holiday bulan 12, Insyallah! Ayah kata nk p around the all 14state. wow! its so amazing right. Can't wait for it :)))