Thursday, August 25, 2011

Zikir Ketenangan Hati dan Jiwa

Iftar with sisYANA :)

24/08/2011 --> 7pm
Little Penang Cafe, KLCC

this is my lovely sisTA :)
since primary school.

menu --> Asam Laksa
* hamek kau seketul2 ikan dye bubuh

longTIMEnoSEE


sisNANA --> merangkap ex gf my bro last 6 years
adeq lagi tembam + sis sgt kecik, adeehh!

even dapat hangout jp je, tapi puas sgt dpt share everything!
may be, next time we can meet again sis :)
LOVE YOU.
pabila ego menguasai diri, maka punah ranap lah segalanya.

T_______T

Tuesday, August 23, 2011

the time is running

Pejam celik bukak katop mata dah nak habis bulan Ramadhan. Dah nak raya dah tinggal bape hari je lagi. Tapi, yang paling menyeramkan lagi Peperiksaan Lembaga Jururawat bakal menjelma 20September 2011! Tak sampai sebulan je lagi. Aish!

Are you ready guys? OMG! Berdebar debar kian hangat terasa. Hopefully, kita semua akan dipermudahkan utk menjawab dan diberikan kesenangan utk menempuhinya.

Most important is KELULUSAN! Jum lah kita struggle sehingga ke hujung nyawa!

Chaiyok chaiyok guyssss!

Monday, August 22, 2011

IFTAR Skydiver 200811 RCM

Iftar di Pondok Dam KKB bersama Skydiver *kalo tak hujan dapat tgk view dam

Layan photo photo:

Along main kira kira :)

Malu malu konon, HAHA

Chan inteprem lah, ta nmpk muka kita dah, aish

big boss --> Tuan Sani (orange shirt)

class kau nyaahhh, i likeee!

apa lagi, kasi serbuuuuuuuu!

paparazi ada di mana mana, hati hati lah :p


Selesai solat terawih, Briefing utk Skydiver 2011 bersama RCM bermula

Mari kita zassssssss, layaaannnnnnn:

introduction slide

dengar ceramah kursus kawen ye jumper jumper? lalala

berakhir sudah sesi taklimat --> kenangan dolooo bersama JUMPERS

Jum ngeteh di Fazlina Maju, KKB sampai pukul 3pagi. Sembang smp ke sudah tak habis habis. Mmg nantok tak ingat. Dah la nk bangun sahur lagi. aishhh!

Photoshoot lagi dan lagi:

gelagat masing masing

jumpers kelaparan ghupernya :)

Actually, aku masih lagi 50 50 nak join skydive ni. kecut perut gerun apa lagi istilah yang menakutkan ada dlm lubuk hati. tapi, mmg hajat dihati nak juga uji kehebatan diri ini. HAHA!

Tapi, kalau dpt join event ni sekali seumur hidup pon dah kira untung. Dapat jugak lah sayap kehormat penerjun. HEHE!

Apapun, selamat menguji ketahanan as yg kita plan okay. Tarikh keramat utk jumpers 7,8hb October 2011. See you guys there ;)

photo photo CREDIT to : KhairulNazri, SidEvo, SemperitHangit

Malam Lailatulqadar

Seperti yang kita tahu, malam Lailatulqadar adalah malam yang ditunggu tunggu dalam bulan Ramadhan oleh:
  • para ulamak
  • orang orang soleh
  • para nabi
Dalam Al-Quran juga ada menyebut dalam surah Al-Qadr iaitu:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ
The grand night is better than a thousand months (Ayat 3)

Banyak perselisihan paham tarikh malam Lailatulqadar ini iaitu:
  • pada malam ke 27 Ramadhan
  • pada malam malam ganjil iaitu pada 10malam terakhir
Tapi bukan tarikh yang kita risaukan. Tapi, amalan apakah yang akan kita lakukan?

Antara amalan amalan yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w:
  • membaca Al-Quran
  • basahkan bibir kita dengan zikrulallah
  • selawat dan solat solat sunat
Selamat mencari malam Lailatulqadar. Hidup akan selamat di dunia dan akhirat. Insyallah, AMIN

Just this once I want my life back as normal




sobsob T______T

Friday, August 19, 2011

Iftar with my bbff #KENANGAN

Ramadhan Kareem 3th bersama jejaka jejaka jambu *kekonon
Iftar yg di plan secara tetiba oleh kemal. aku roger saja dan tugas aku utk hasut zahid join sekali.

Bak kata kemal, ' kalau kita nak tunggu iftar yg SKJG1 nak buat, tunggu kumpul semua, mmg tak dpt la. masing2 ada commitment sendiri.'

Kitaorang decide, Iftar di Shah Alam memandangkan zahid tak mau turun KL *kami mengalah
Port Iftar kami di Restoren Qaseh, Seksyen 13, Shah Alam. *lah, blkg MSU je pon. tak tahu lak.
Makanan disediakan ala buffet rm22 per head. Makan lah selagi mampu.

Before break fast, PHOTOSHOOT!

Juadah kami, Alhamdulillah :)

hot leteww zahid ?

kontroversi picture dgn kemal <3

Banyak lagi gamba2 kitaorg photoshoot that day, tapi semuanya kt zahid. dye simpan wat pekasam sampai lani dak upload2 lagi. aish.

Anyway, nice day with uols guys. After 4 year tak jumpa ngan kau kan kemal. dengan zahid selalu sgt, naik bosan aku. *tp, kau ttp bff aku beb :)

6 PETUA UNTUK BERJAYA

1. Setiap Insan Yang Hidup Mempunyai Masalah

Apakah masalah anda? Anda tidak mempunyai pekerjaan? Mungkin anda berfikir bahawa setelah mendapat pekerjaan semua masalah akan lenyap. Mereka yang mempunyai pekerjaan juga bermasalah. Mereka mengeluh kerana terpaksa bangun pagi untuk ke tempat kerja setiap hari kerja. Dan ratusan, mungkin ribuan pekerja mendapat kerja yang tidak mereka sukai.

Sesetengah orang pula beranggapan bahawa masalah mereka timbul kerana terpaksa melapor diri kepada seorang ketua. Tetapi ramai ketua yang menghadapai masalah, sama ada dari segi perhubungan atau pun pengurusan kakitangan.

Jadi bagaimanakah keadaan dengan mereka yang berjaya? Adakah mereka terkecuali daripada menghadapi masalah? Sebenarnya setiap kejayaan tidak menghapuskan masalah, ia melahirkan masalah yang baru. Terimalah ini sebagai satu hakikat hidup seharian.

2. Setiap Masalah Mempunyai Jangka Masa Yang Terhad

Setiap masalah akan berakhir. Lambat laun ia akan pergi jua.

Ketepatan kenyataan ini adalah jelas kalau kita menoleh kebelakang melihat sejarah manusia. Tamadun manusia menghadapi detik-detik kegemilangan dan juga kejatuhannya. Institusi kamanusiaan yang menghadapi suasana kemelesetan akan satu ketika nanti menuju kemercu kejayaan secara perlahan-lahan.

3. Setiap Masalah Harus Mempunyai Pengaruh Positif

Setiap masalah mengandungi bahan atau ramuan rahsia potensi yang kreatif, sama ada untuk diri anda atau pun orang lain. Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh dijadikan modal perniagaan yang menguntungkan untuk orang lain. Contohnya, seseorang yang pernah diisytiharkan muflis oleh mahkamah boleh bertindak sebagai seorang panasihat kepada mereka yang akan diumumkan sebagai muflis.

Masalah yang dihadapi oleh seseorang boleh memberi kesempatan atau peluang baik kepada orang lain.

4. Setiap Masalah Boleh Mengubah Sikap Anda

Sebagai contoh, kita kadang kala tersua dengan seorang jurujual yang berjaya. Tetapi bila diselidiki, ia berkelulusan dalam bidang sejarah dan pendidikan yang tidak ada kaitan dengan kerjayanya.

Sebenar ia dahulunya bekerja sebagai guru. Tetapi sebagai seorang guru yang menjemukan, ia telah menimbulkan banyak masalah kepada majikannya hingga ia diberhentikan kerja. Kerana marah disebabkan pemberhentian kerjanya, ia berazam untuk menunjukkan kepada masyarakat bahawa ia juga boleh berjaya dalam hidup.

Kini ia bersyukur kerana dibuang kerja kerana peristiwa itu membuat ia sangat marah hingga bertekad untuk terus berusaha hingga berjaya.

5. Anda Boleh Buat Pilihan Untuk Mengawal Masalah

Anda mungkin tidak dapat mengawal masalah. Tetapi anda boleh merancang tindakan balas terhadapnya. Sekiranya anda mengawal rancangan tindakan balas terhadap masalah hidup, bermakna anda telah dapat mengawal masalah yang melanda diri sendiri.

Masalah boleh membuat anda lemah atau sebaliknya. Ia juga boleh membuat anda hidup dengan lebih baik ataupun menderita. Semuanya bergantung kepada diri anda.

6. Setiap Masalah Mempunyai Tindak Balas Yang Negatif dan Positif

Akhir sekali, orang-orang yang cekal hati boleh terus hidup walaupun dalam keadaan yang menyulitkan. Kerana mereka memilih untuk bertindak balas secara positif dalam keadaan sulit atau berbahaya walaupun ia bukan satu perkara yang mudah.

Misalnya, apakah tindak balas positif jika seseorang itu menghadapi masalah kewangan yang rumit? Dalam situasi ini apakah tindakan positif yang harus diambil? Larikan diri daripada penagih hutang? Mencari jalan keluar seperti minum hingga mabuk atau sebagainya?

Tidak! Tindakan balas negatif itu hanyalah penyelesaian sementara yang boleh membuahkan lain-lain masalah baru.

Tindakan positif terhadap masalah itu memerlukan semangat yang kuat untuk membuat langkah pertama. Ia memerlukan keberanian untuk bersemuka dengan penagih hutang dan berunding secara jujur dan terus terang. Jika mereka berkeras, maka jalan paling baik yang harus diambil secara undang-undang dan terhormat ialah menerima diisytiharkan sebagai muflis oleh mahkamah.

Pendek kata "Sekiranya anda tidak dapat selesaikan masalah, maka anda harus mengendalikannya".

Di COPY dari Kamaruddin Hassan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
* actually, aku tatau nak mula dari mana. aku try utk luahkan ape yg aku rasa right now.

segala ape yg tjadi di mukabuku aku, totally tak ada kene mengena dgn yg hidup mahu pun sesapa yg terasa. im sorry for that kalo ada yg terasa. tak kurang jugak post2 fb yg wtkan aku terasa. ah, abaikan sbb setiap mlm sebelum tdo, akan aku maafkan segala kesalahan kawan2 aku. Insyallah, Allah akan menerimanya.

sesungguhnya, tak ada insan di muka bumi Allah ini mempunyai sifat yang sempurna. semuanya serba kekurangan. janganlah kita menilai seseorang itu dengan apa yg kita nmpk dengan mata kasar sahaja kerana Allah telah memberikan tugas yg besar kepada malaikatnya untuk menilai setiap apa yg kita lakukan.

sekiranya, aku ada buat salah secara sedar atau tidak sedar, aku mohon maaf. mungkin seseorang beranggapan perkataan maaf itu mmg mudah utk ungkapkan, tapi biarlah maaf itu ikhlas dari hati dan lupakan segalanya. semoga kita semua sentiasa tergolong dalam individu yang dikasihi dan dilindungi olehNya. Insyallah, AMIN.

Salam untuk semua


Friday, August 5, 2011

serious aku dah tak larat dan tak terdaya lagi dgn semua ni!

t____________t

Tuesday, August 2, 2011

counting the day

yaaahhhooooooooo! ayahibuunenek nak sampai kuala lumpur dah pagi nih! alhamdulillah! rindunya rasa hati!

*tapi2 baru je dpt message dari jeddah @ 0420, ayah kata flight delay 2 1/2 dan masih belum departure lagi. ya allah, selamatkan dan lancarkan perjalanan mereka! amin :(