Wednesday, February 2, 2011

tayang ckit

Salam 1Malaysia!

Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia, khususnya bagi mereka yang akan menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.

Setiap kali tibanya perayaan ini, saya masih terbayang kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil. Sudah pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina. Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya kuih kapit, kuih bangkit, tat nanas, kerepek "ngaku" manakala limau Mandarin sering menjadi pilihan utama. Teringat juga, sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu bapa yang menghulurkan angpow. Tetapi sekarang, suasana sudah berbeza. Hidangan sudah berubah, pelbagai juadah seperti sate, ais kacang, mi rebus dan maruku juga disediakan.

Semoga di Tahun Arnab ini, kita akan sentiasa berada dalam suasana penuh kemakmuran, kebahagiaan dan juga dianugerahkan kesihatan yang sempurna.

Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai!


Ikhlas daripada
Najib Razak & Keluarga



P/S : haha, saje nk bagitau.. PM anta email kt aku. Korang ade x dpt email ni:
CSR
Cik Jee
Cik MNM
Cik Misz F
Cik 1010

3 comments:

  1. hahah siyes aku ingat kau yang taip tadi. patutlah ayat skema gila ! hahah. aku ad dpt email jugak tp mc card cmtuh huu

    ReplyDelete
  2. tu nama aku ke nama orang lain yg kau sebut? ekceli ngaku tu aku ada pernah post kat twitter dan pernah makan sekali. sedap seyh.. ;p

    ReplyDelete
  3. haha, jee copy je sudey.

    1010,tok ko ler. mana de org laen pggl ko 1010 kn. ngaku 2 cne rupe nye ye?

    ReplyDelete